"Wahai Nabi, (Muhammad), katakanlah kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuan kamu dan kepada seluruh kaum muslimin, supaya mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dadanya, demikian itu lebih mudah untuk mereka di kenali, dan tidak akan diganggu (oleh pemuda yang suka menggangu)" Surah AnNur Ayat 31.

Tuan-tuan sekalian, kita sekarang berada di penghujung tahun 2009. Guru Kaunseling dan Ustaz Ustazah sekolah rendah patut teliti tulisan saya ini. Ketika anak-anak kita menginjak ke sekolah menengah, mereka sudah kehilangan orang seperti anda, yang boleh menegur dan memberikan bimbingan. Guru sekolah menengah adalah orang lain. Belum tentu sama dengan kita. Kalau lebih bagus, syukurlah, tetapi kalau sebaliknya?

Ketika mereka sudah pun berada di alam sekolah menengah, waktu pulang dari sekolah, petang-petang kita terlihat dan melihat, ramainya antara mereka yang tidak memahami dan tidak mengerti hukum wajib memakai tudung kepala. Saat itu kita hanya memandang dan berkata di dalam hati, kenapalah budak ini tidak disuruh ibu nya memakai tudung, walhal dia ke pasar malam, ke kedai dan ke mana bersama ibunya, sedang ibunya memakai tudung. Kenapa ini terjadi?

Didikan Dari Orang Tua

Ya, yang pertama didikan dari orang tua sendiri, Syabas yang memakaikan tudung pada anak perempuan seusia 2 tahun. Orang tua seperti ini, adalah orang yang tahu hukum-hakam. Namun bagaimana pula keadaannya jika orang tua mereka jahil?

Peranan guru di sekolah

Nah, sekarang peluang guru-guru yang berada di sekolah memindahkan ilmu hukum ini kepada anak-anak didik mereka. Katakan kepada mereka bahwa melepaskan rambut (tidak bertudung bagi yang dah cukup umur) adalah berdosa. Di akhirat tuhan akan menggantungkan buah dada mereka didalam neraka dengan besi seperti mata kail yang dibuat dari api neraka. Apakah kamu sanggup menghadapi siksaan sebegini dahsyat ? Biarlah mak kamu tidak bertudung, tetapi kamu belajarlah perlahan-lahan untuk mempraktikkan ajaran Islam ini. Ajaran ini menyelamatkan kamu di dunia (gangguan) dan akhirat (siksa).

Ambilah peluang ini semasa perhimpunan pagi dan waktu relief di dalam kelas. Kelak setiap patah ucapan anda, akan menjadi pahala buat anda di dalam kubur. Bukankah tuhan menyatakan melalui lidah NabiNya, 3 perkara yang berguna bagi manusia setelah dia meninggal dunia, "Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain". Mengajar sepatah ayat tentang kewajipan bertudung adalah salah satu saham abadi buat kita. Takkan dalam ratusan pelajar itu, tidak ada seorang pun yang mahu turut pengajaran kita ini?

www.noorhisham.com

Posted by Noorhisham Saturday, September 26, 2009

6 comments

  1. Salam,

    Memakai tudung ni tak payah tunggu seruan. Islam tiada kompromi dalam hal ini.Malangnya ada orang berfikiran begitu. lebih malangnya jadi ikutan pula. Sebaik-baiknya sejak kecil lagi anak-anak dibiasakan bertudung. Alah bisa tegal biasa.

     
  2. UmmiUmar Says:
  3. Semua benda kena seru sekarang ni.... Kalau diam memerhati aje tak de lah pahala kita dapat.... kan Rasulullah kata tingkat iman paling lemah, adalah menegur dalam hati....

    Hmm.... memang Ummi risau sangat tengok anak2 pelajar sekarang ni.... dah ditunjuk ajar elok2 tak nak ikut. Yang tak disuruh tulah yang depa suka buat....

    Belum keluar sekolah tu kadang2 dalam van sekolah pun depa dah lucut tudung.... apalagi dijalanan.... yang berani macam tu sorang dua je... tapi ramai yang Ummi tanya masih tak dapat praktik bertudung di rumah terutama nak keluar sidai baju... sepupu sepapat atau ipar datang.... Tak taulah. Semoga Allah sentiasa membuka pintu kesedaran kpd mereka atas kewajipan yang sering dipadang sebelahmata.......Wahai sekalian ibubapa..... berperananlah kalian semua....jangan diharap ustaz ustazah sahaja yang menegur.... Guru2 akademik lainpun akan disoal oleh Allah juga kan.... :) JOM SAMA-SAMA JALANKAN SERUAN TUTUP AURAT.... :)

    SELAMAT HARI RAYA>>>>>
    MAAF ZAHIR BATIN....:)

     
  4. Noorhisham Says:
  5. terima kasih atas komen semua

     
  6. Anonymous Says:
  7. Nak buat baik semua mmg kene seruan.Mana boleh xde seruan tetiba org nk buat.Sedangkan bertudung ni pun dah lama Rasullullah seru umatnya.Cuma sekaran peranan kita menyeru keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan semua utk menurut ajaran Islam.

    p/s: Isteri aku sendiri pun kadang2 xbertudung.Semoga Allah menunjukkan jln yg benar untuknya...amin...

     
  8. Anonymous Says:
  9. mengapa tidak:)

     
  10. Anonymous Says:
  11. akm.

    pakai tudung ni allah sudah sebutkan dalam Al-Quran. Kalu ada ustazah, ni bolehlah buka.

    Sudah, jangan tanya saya lagi..

    tq.

     

Subscribe here

SELAMAT BERTAMU KE WEB KAMI..... AMANAH GURU.... SEGALA PANDANGAN DAN CADANGAN DEMI MEMANTAPKAN LAGI PROFESION PERGURUAN AMATLAH KAMI HARAPKAN DEMI MENCAPAI KEREDHAAN ILAHI......