Assalamualaikum.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua.


Dipetik dari Utusan Malaysia, 6 Oktober 2009

06/10/2009 7:01pm


KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.

Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu - Bernama

Posted by Unknown Tuesday, October 06, 2009

6 comments

  1. Perbincangan dan musyawarah amat perlu sebelum apa2 tindakan diambil agar tiada salah faham dan penganiayaan berlaku... jika tidak.. kita akan menyesal. Penyesalan di akhirat tiada gunanya lagi.
    Ya Allah... jadikan kami org2 yg berakal lagi beriman... aamiiin

     
  2. Anonymous Says:
  3. Apa-apa pun kepada semua pembaca selidiki perkara sebenar apa yang telah guru tersebut telah lakukan.
    Kalau nada mengenali guru tersebut, tanya beliau:
    1. Adakah beliau pernah tidak hadir ke meeting tanpa sebab?
    2. Adakah beliau pernah tidak mengajar pada waktu sepatutnya?
    3. Pernahkan beliau lewat?
    4. Adakah beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di sekolah lama?
    5. Adakah beliau pernah memperbaiki hubungan dengan pentadbir?
    6. Adakah beliau pernah memburukkan pentadbir kepada pelajar?
    7. Adakah beliau pernah memohon GC?
    8. Adakah keluarga beliau bahagia?

     
  4. Anonymous Says:
  5. kalau anda mengenali pengetua yg disaman..
    tanyakan pula soalan ni..
    1. sejak bila bertugas di sekolah itu? 5 bulan, 5 tahun?
    2. Tanya juga sejak bila jadi pengetua? 2 tahun, 4 tahun, 10 tahun?
    3. tanyakan juga berapa prestasi yg dia beri? 49, 59, 69...
    4. Tanyakan jg cukup cemerlangkah dia semasa dia menjadi guru biasa dulu?..
    5. Tanyakan juga tak pernahkah dia ponteng meeting..ponteng kelas...terlewat masuk kelas atau memanggil pelajar agar drop paper yg dia ajar agar tak menjejaskan prestasi sekolah?..
    8. Tambahlah jg pertanyaan ini, sejak dia mentadbir di sekolah itu , berapa ramai turn over/ guru n staf nya bertukar keluar dari sekolah itu... Agaknya apa jawapan pengetua tu yek? BAIK SANGKA.

     
  6. cgfendi Says:
  7. saya tak tahu perkara sebenarnya..cuma saya ingatkan pengetua atau tak kira majikan berkerja sekalipun...kena ada slot kuliah agama..atau usrah..kadang peristiwa sebegini banyak berlaku dalam sekolah atau pejabat2 kerajaan sendiri. Konsep berkerja kerana Allah sudah tiada .... satu lagi molek lantik orang lelaki lah jadi pemimpin...

     
  8. Anonymous Says:
  9. akm.

    Minta maaf, saya enggan mengulas lanjut.

    Lebih baik kita mendengar maklumat rasmi terlebih dahulu daripada membuat persepsi.

    Itu sahaja..

     
  10. APIT Says:
  11. sebenarnya dalam menghadapi apa-apa jua masalah atau perselisihan terutamanya dengan ORANG ATAS kita perlu berhikmah, maksudnya perlu kita perlu membuat penilaian kendiri iaitu benarkah tindakan yang kita ambil, perlukah kita mengambil tindakan, kalau perlu bagaimanakah tindakan tersebut perlu di ambil...dan banyak lagi persoalan2 yg perlu kita fahami...tetapi apa yang penting adalah kerjasama.

     

Subscribe here

SELAMAT BERTAMU KE WEB KAMI..... AMANAH GURU.... SEGALA PANDANGAN DAN CADANGAN DEMI MEMANTAPKAN LAGI PROFESION PERGURUAN AMATLAH KAMI HARAPKAN DEMI MENCAPAI KEREDHAAN ILAHI......