Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Baca tajuk cerita kali ini, tentu mengundang banyak persepsi dikalangan guru dan umum.

Jom kita baca artikel yang saya salin dari Utusan Online hari ini.

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.

Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.

''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.

''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 178 murid ditahan di kafe siber dalam Operasi Ponteng Ayuh Ke Sekolah! di sekitar Sri Rampai, Keramat dan Wangsa Maju di sini kelmarin.

Salah seorang murid terbabit memberitahu, dia bertindak demikian kerana bosan berada dalam kelas.

Hashim menegaskan, kumpulan guru seperti ini perlu mengubah sikap dan memperbaiki diri bagi memikat pelajar untuk datang ke sekolah.

''Jangan kerana tidak ada minat maka pelajar-pelajar ini menjadi mangsa pemberontakan mereka.

''Cara ini salah, mereka perlu mencari jalan agar pelajar-pelajar ini mempunyai minat untuk belajar selain bantuan yang diberikan oleh ibu bapa,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, pula berpendapat, kegiatan ponteng sekolah berlaku kerana tiada aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah pada penghujung akhir tahun.

''Guru pada masa ini sibuk kerana terpaksa memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun di samping penyeliaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,'' katanya.

Beliau berkata, waktu senggang pelajar pada masa ini amat sesuai diisi dengan program bermanfaat seperti kegiatan sukan, kelas kemahiran teknologi maklumat (IT) dan aktiviti perkhemahan.

''Maka saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

''Banyak perkara dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar ini daripada membuang masa tidak berbuat apa-apa di sekolah,'' katanya.



rasasayang79

Posted by Anonymous Friday, November 13, 2009

11 comments

  1. setiakasih Says:
  2. Salam.. jelas sekali pihak kementerian dan MENTERInya perlu ambil perhatian hal ini.

    Guru terbeban dengan paperwork dan perlu buat kerja lain lebih banyak daripada mengajar.

    NUTP pun kena sokong guru, jangan pula tikam guru dari belakang ya.

    Sistem pendidikan kucar kacir.. takkan semua orang tak perasan?

     
  3. cikgunorza Says:
  4. kadang kala (dalam pengalaman saya), pihak sekolah dah pun sediakan macam2 aktiviti, pelajar tak juga nak datang... mereka sebenarnya mmg malas nak buat apa2 pun... lebih suka habiskan masa macam tu saja...

    contoh aktiviti pernah di buat;
    1) permainan/sukan
    2) tayangan filem!!! (pun tak mahu datang sekolah juga!!)
    3) adventure (absceling, flying fox)
    4) kursus sembelihan / mandi jenazah (lagi tak minat!!)

     
  5. salam..sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan pelajar apabila mereka tidak minta belajar dengan kita..guru yang cuba membuat perubahan dalam kelas mungkin 2% sahaja..tapi yang 98% guru lagi tidak cuba buat apa2..kita kata kita perlukan insetif dari pihak kerajaan..gaji lebih..bonus..well, these students need too..if we, as adults need insentives..then students...yang umur cumalah 6 - 17 tahun..lagi perlukan insentif..so jangan kata kita telah cuba yang terbaik..dalam kelas itu sendiri..kita perlu membuat perubahan supaya pelajar minat subjek kita...jangan give up..you are a teacher...if you really love and care for your students, then do what you can to help them love your subject..
    kita expect too much from our students..saya dah guna segala benda berasaskan teknologi supaya pelajar saya minat belajar..tapi bukan mudah..itu cabaran kita hadapi..saya dah guna musik, movies, do hands-on stuff, macam2..tapi bukan mudah tarik perhatian mereka..tapi malangnya saya sorang yang take pain to do this..yang lain masih gunakan chalk and talk..macam mana pelajar kita nak minat datang sekolah..KITA SEDANG BERSAING DENGAN MEDIA MASSA YANG LEBIH MENARIK PELAJAR DARI SUBJEK2 KITA..DO YOU HONESTLY THINK WE COULD DO THAT? Do you think we could tear their gaze away from tv and Cyber Cafes? Do you? Apa yang kita boleh buat ialah tawarkan lebih lagi..CC menjadi punca utama pelajar ponteng...then do something in your class..yang sama taraf dan lebih lagi untuk menarik pelajar...don't blame everything on your students...YOU ARE THE WISE GUY...YOU HAVE THE DEGREE..THEY ARE JUST KIDS..HELLO!!...

     
  6. Anonymous Says:
  7. pelajar berada di dalam kelas saya. cukup 44/44 orang. Tetapi, memang agak mengecewakan apabila 3 atau 4 orang daripada mereka mengganggu aktiviti di dalam kelas sehingga aktiviti yang memang menarik minat pelajar lain, gagal! Bukan sekali, tetapi setiap kali.

     
  8. Anonymous Says:
  9. akm.saya cadangkan cara elak ponteng sekolah:

    1} Sediakan gari pada setiap meja pelajar. Pelajar dibukakan gari ketika hendak ke tandas atau rehat atau balik rumah sahaja.


    2) Galakkan para pelajar berkahwin awal, terutamanya dengan rakan sekelas. Saya yakin, mereka akan tetap berada di dalam kelas kerana merisaukan isteri-isteri mereka sendiri. Saya cadangkan kaedah perancangan keluarga diajarkan kepada para pelajar.

    Sekian, terima kasih. Ini sahaja yang saya dapat fikirkan.

    [Zaman dulu orang sanggup menyorok di belakang benda untuk belajar sesuatu. Mengintai, takut boleh belajar sesuatu daripada tok guru].

    DARIPADA: CIKGU MIL. (11-5-2010) SELASA

     
  10. tice uu Says:
  11. i agreed with trybetterteacher! my coordinator and my lecturers say the same as well!don't put the blame solely on students... they were at fault because they skipped classes but then whose fault is that on the first place...??? parents and teachers! parents tend to placed the responsibility to educate the students (their children of course) solely on teachers. why should parents keep on blaming teachers until this point in time, i think teachers already lost their power to do nothing to educate the students, which is their children... well, as for teachers, stop being judgemental or may i say stereotyping... dont make your assumptions blindly. dont ever say that "budak2 sekolah nih semua same je...". each and every student is different inside and we as a teacher is the one that need to dig it from them out... lastly...please...do make difference. :)

     
  12. hey buddy,this is one of the best posts that I�ve ever seen; you may include some more ideas in the same theme. I�m still waiting for some interesting thoughts from your side in your next post.

     
  13. hey buddy,this is one of the best posts that I�ve ever seen; you may include some more ideas in the same theme. I�m still waiting for some interesting thoughts from your side in your next post.

     
  14. Anonymous Says:
  15. xanax depression xanax anti anxiety medication - xanax dosage airplane

     
  16. Anonymous Says:
  17. Message40, http://www.arlo.net/massacree/ viagra online in uk, xfjc0, http://www.arlo.net/fccgb/ viagra without prescriptions, itks5, http://www.arlo.net/fccgb/notes/ generic viagra uk, kbac0, http://www.arlo.net/bytes/ order cheap viagra, xxrw2, http://www.arlo.net/live/ viagra for sale

     
  18. Anonymous Says:

  19. viagra, viagra,

    http://wclpedia.txwclp.org/index.php?title=buy-viagra

    viagra, viagra,

    http://jamillan.com/mwiki/index.php?title=viagra

    viagra, viagra,

    http://architectsasylum.net/wiki/index.php?title=viagra

    viagra, viagra,

    http://gymkhana.iitb.ac.in/~smp/wiki/index.php?title=buy-viagra

    viagra, viagra,

    http://wearemudlark.com/derby2061/index.php?title=buy-viagra

     

Subscribe here

SELAMAT BERTAMU KE WEB KAMI..... AMANAH GURU.... SEGALA PANDANGAN DAN CADANGAN DEMI MEMANTAPKAN LAGI PROFESION PERGURUAN AMATLAH KAMI HARAPKAN DEMI MENCAPAI KEREDHAAN ILAHI......